Tuesday, January 25, 2011





Dengan hantaran 7 dulang dan mas kahwin RM1,888 beserta sekali lafaz, Zaquan Adha sah bergelar suami kepada pelakon wanita cantik, Ayu Raudhah.

Monday, December 20, 2010

Aleeza Kassim, RCW, Sofia Jane Dan Ramai Lagi Semasa Muda Remaja

Terkejut beruk kami tengok gambar Aleeza Kasim masa muda remaja kat atas tue. Serius beza gila dengan yang sekarang. Nampak innocent dan baik je. Nampak seperti gadis Melayu terakhir. Oh ya, gambar ini diambil masa Aleeza Kasim masuk pertandingan Dewi Remaja dulu.


Ha yang nie cuba korang teka gambar sapa pulak. Inilah Rozita Che Wan. Tak sama langsung kan dengan Rozita Che Wan sekarang? Memang nampak jelas perubahan muka RCW nie. Dulu lain, sekarang sangatlah lain. Ini pun time RCW try masuk Dewi Remaja dulu.
Lagi beberapa keping gambar artis-artis lain masa muda remaja dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada forumer CARI.
1. Gambar Aleeza Kassim Lagi




2. Gambar Rozita Che Wan


3. Sofea Jane (paling kanan) dan Ogy Ahmad Daud berbaju kuning


4. Paling kiri mata anda – Sh Sheril Aida – bekas penyanyi & mak sedara Scha Dewi Remaja 2005, no 2 dari kiri Rehana Yasin pelakon “Gila-Gila Remaja” skali ngan Faizal Hussin



5. Paling kiri mata anda Sh Shawati pembaca berita TV3, Mimi Wahedah model, no 4 Lily Patra pelakon, ke 6 Aleeza Kassim, ke 10 Azah Aziz pelakon yg kini dok Perancis


6. Sebelah kiri mata anda no 3 Kuza pelakon, no 4 Umi Aida (masa tu pakai nama Ermie Zura) – x masuk top 10 pon, no 6 pemenang Jasmeen Dhillon, no 7 Irene Santiago baru umo 16 taon, no 9 Jasmin Hamid umo 17 kut.. x masok top 10, no 13 Roslinda Rasul bini Joe Wings






Neelofa, Pemenang Dewi Remaja 2010

Baru-baru ini kami ada sharekan gambar Neelofa, pemenang Dewi Remaja 2010. Nampaknya ramai yang terpegun dan terpesona dengan kecantikannya. Memang layak bergelar Dewi Remaja 2010. Dan hari ini, kami ada terima beberapa lagi keping gambar Neelofa yang dihantar oleh pembaca BeautifulNara.

Walaupun kami ini boleh dikategorikan agak buta seni, tapi kami tengok gambar-gambar yang Neelofa tangkap ini agak menyeramkan. Mungkin tema masa sesi fotografi ini ialah gothik. Itu yang lain macam dia punya make up.

Lagi gambar Neelofa dengan membaca entri ini sepenuhnya.









Wednesday, December 15, 2010

Siti Sarah dan Shuib Raja Lawak Bertunang

v



Akhirnya terbongkar jua kisah pertunangan antara Siti Sarah Raisudin dan Shuib Raja Lawak. Majlis yang dirahsiakan daripada pengetahuan media itu dilangsungkan pada 16 November lalu di Kuala Selangor.
Berita gembira ini disampaikan sendiri Shuib kepada media sewaktu sidang media sempena pelancaran sitkom Bujang Sepah Musim Kedua di Palm Tree Resort Sepang.

"Saya mengaku sudah bertunang dengan Sarah pada 16 November lalu. Kemungkinan besar Januari tahun depan kami akan melangsungkan perkahwinan, mungkin selepas saya habisshooting. Kalau boleh tak mahulah tunggu lama-lama. Mungkin sudah sampai jodoh kami.

"Keluarga masing-masing sudah membuat persiapan dan kalau sudah memilih tarikh yang sesuai, kami akan maklumkan.

"Sebenarnya kami mengambil keputusan merahsiakan berita ini kerana menghormati permintaan Sarah kerana dia pernah putus tunang dulu. Kami lebih selesa bercerita hal kerjaya berbanding peribadi," kata Shuib yang tidak menghalang karier Sarah selepas berkahwin nanti.
Menurut Shuib, dia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri untuk mengenali Sarah atas status tunangnya sebagai bintang popular.  "Waktu mula-mula kami keluar dating, saya rasa rendah diri sangat sebab orang semua kenal dia dan dia artis popular. Namun Sarah seorang yang humble dan itu memudahkan hubungan kami yang telah berjalan setahun dua bulan," katanya yang mengenali Sarah sewaktu penggambaranGelak Khas di Astro Warna.

Benarkah ini Elyana sedang Erotic Dance?



Kami menerima satu tweet dengan link yang terus menuju ke satu page di Youtube. Video yang bertajukelyana.mp4 itu mempaperkan gelagat Elyana dan kawan-kawan di dalam sebuah toilet sebuah pusat membeli-belah. Apa yang menariknya, kelihatan aksi Elyana berjoget seperti seorang penari kelab. Video ini mungkin sengaja dirakam oleh mereka untuk hiburan sesama sendiri tapi kami tak pasti bagaimana video ini boleh berada di Youtube.
Apapun kesahihan video ini tidak dapat kami pastikan. Mungkin ianya Elyana atau mungkin pelanduk dua serupa. Apapun dari perhatian kami, wajah remaja ini memang tampak benar-benar seperti Elyana.
Apapun Elyana dah pun bernikah baru-baru ini. Diharapkan selepas berkahwin ini dan bakal menjadi seorang ibu, dapatlah menjadi bakal ibu yang solehah hendaknya. Kami doakan anda Elyana. Kalau iya pun dalam video ini adalah anda, mungkin anda yang dahulu. Bukan yang sekarang. Apapun pemerhatian para pembaca diperlukan bagi meneliti sendiri video ini.

(Gambar) Maizawati dan Suami yang sedang bahagia

Dunia hiburan pernah digemparkan dengan kisah penceraian antara Maizawati dan bekas suami’nya, Akhil Hay. Tidak lupa juga dengan kisah skandal ditepi pantai antara Akhil Hay dan Waheeda (yang kini adalah isteri’nya yang sah). Apapun itu kisah lama dunia hiburan kita. Yang pasti kedua-dua mereka kini sedang bahagia bersama pasangan masing-masing. Dan di bawah ini adalah pasangan bahagia Maizawati dan suami.