Friday, December 3, 2010


Kisah kehidupan seorang Justin Bieber
Sehingga hari ini, dunia masih lagi dilandar demam Justin Bieber (Bieber Fever). Apapun ramai antara kita hanya mengenali siapa budak lelaki yang bernama Justin Bieber ini hanya selepas dia mencapai populariti yang diluar jangkaan. Tapi sejauh manakah kita memahami kisah hidupnya sebelum bergelar seorang selebriti terkenal dunia? Ikuti kisah berikut.

Biodata Justin Bieber

NAMA: Justin Drew Bieber
TARIKH LAHIR: 1 Mac 1994
UMUR: 16 tahun
ZODIAK: Aquarius
ASAL: Origin Stratford, Ontario, Kanada
GENRE: Pop, R&B;
KERJAYA: Penyanyi dan pencipta lagu
INSTRUMEN: Vokal, gitar dan piano, perkusi dan trumpet
Kisah Babak 1: Kemiskinan pendorong Justin Bieber
KEHIDUPANNYA sangat miskin sebelum menjadi terkenal. Malah, pernah bekerja sebagai ‘busker’ (pemuzik jalanan).
Penyanyi remaja popular kelahiran Kanada ini sering membuat persembahan sekitar bandar Stratford, Ontario, berdekatan dengan rumahnya untuk menyara kehidupannya dan ibu.
Wang daripada hasil persembahan jalanan itu jugalah digunakan Bieber untuk membawa ibunya, Pattie Mallette menikmati percutian pertama kali dalam hidup mereka. “Saya membawa ibu bercuti ke Walt Disney World di Florida dan itulah kali pertama kami naik kapal terbang. Saya menabung sebanyak AS$3,000 dan percutian itu amat menarik,” katanya.
Penyanyi terkenal dengan lagu Baby Baby ini turut mendedahkan tiga tahun lalu, dia dan ibunya pernah mendapatkan perlindungan di gereja di kawasan penempatan mereka kerana terlalu susah.
Namun, semua itu hanya tinggal kenangan kerana kini Bieber bukan hanya dikenali sebagai penyanyi, tetapi bintang kegilaan ramai yang menerima puluhan ribu dolar untuk sekali persembahan.
“Saya berasa dirahmati dan gembira dapat membahagiakan ibu saya yang selama ini menempuh pelbagai kesukaran untuk membesarkan saya.Visit www.ohartis.com
“Wang bukan lagi masalah buat kami namun, itu tidak pernah membuatkan kami lupa pada kehidupan dulu. Malah, ia detik sukar yang indah pernah saya dan ibu lalui bersama,” katanya. Bieber dilahirkan pada 1 Mac 1994 oleh ibunya yang ketika itu baru berusia 18 tahun. Dia dibesarkan dengan asuhan ibu tunggal kerana ibu bapanya tidak pernah berkahwin. Bagaimanapun, Bieber mengakui dia masih saling berhubung dengan bapanya. Bakat Bieber dikesan oleh Scooter Braun yang terpesona dengan kebolehannya ketika menyaksikan klip videonya di laman youtube.
Selepas berjaya menjejaki Bieber, Braun mengaturkan pertemuan dengan penyanyi Usher di Atlanta, Georgia dan akhirnya Bieber ditawarkan kontrak rakaman Raymond Braun Media Group (RBMG) dan albumnya diterbitkan oleh Usher.
Visit www.ohartis.com
Penyanyi R&B; terkenal, Usher yang mengunjungi Kuala Lumpur baru-baru ini sempena menjayakan konsert Usher Live In KL juga sempat memuji remaja itu sewaktu diajukan soalan mengapa dia memilih untuk mendidik Bieber.
“Dia bukan seorang remaja biasa, tetapi Bieber begitu istimewa. Dia boleh bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, perkusi, piano dan trumpet. “Berbakat besar dan minat mendalam yang ditonjolkan itulah membuatkan saya mahu menjadikannya seorang bintang. Saya senang bekerja dengan Bieber kerana seronok apabila bekerja dengan orang yang mempunyai kesungguhan,” katanya.
Kisah Babak 2: Superstar 16 tahun
“SAYA akan menjadi superstar satu hari nanti,” begitulah janji Justin Bieber kepada ibunya, Pattie Mallette ketika dia masih kecil.
Kata-kata yang dianggap hanya sekadar angan seorang kanak-kanak naif, akhirnya berubah menjadi kenyataan. Tambah mengagumkan, Bieber tidak perlu meniti dewasa atau menempuh lebih banyak cabaran dalam hidupnya untuk mencapai hasrat itu kerana sebaik melangkah usia 16 tahun, dia berjaya membuktikan dan merealisasikan kata-katanya.
“Dulu ibu hanya ketawa apabila saya berkata begitu walaupun saya benar-benar maksudkannya. Namun, sekarang dia tersenyum dan berbangga dengan saya,” katanya.
Sejak kecil lagi Bieber menyimpan hasrat untuk menjadi terkenal dan seorang yang berpengaruh. Semangat itu didorong keinginan untuk keluar dari kehidupan yang daif.
Penyanyi kelahiran Origin Stratford, Ontario, Kanada ini kini terkenal dengan lagu Baby Baby.
Bakat dimilikinya menarik minat penyanyi R&B; terkenal, Usher apabila ditawarkan kontrak rakaman Raymond Braun Media Group (RBMG) dan albumnya diterbitkan Usher.

1 comment: