Friday, December 3, 2010

(Panas) Uncle Seekers disaman Siti Aishah

Akibat pengakuan berani mati Uncle Seekers melalui blog’nya baru-baru ini mengenai kisah “Cinta Syyhh”nya bersama bekas permaisuri agong, Siti Aishah, akhirnya telah memakan dirinya sendiri. Seperti yang telah dijangkakan, Siti Aishah telah membuat perintah mahkamah untuk menyaman Uncle Seekers.
Artikel terbaru Uncle Seekers di blog’nya, hanya meninggalkan pesanan ringkas buat pembaca.
Buku “Cinta Syyhh”
Mohon maaf kepada semua penyokong, peminat cerita ini dan yang telah email kepada saya secara peribadi untuk membeli buku “Cinta Syyhh” ini terpaksalah ditangguhkan buat sementara waktu atau langsung tidak boleh diterbitkan kerana arahan mahkamah.
Saman ini tidak benar dan akan mendapatkan khidmat nasihat dari peguam peribadi saya
HAFARIZAM WAN & AISHA MUBARAK ADVOCATES & SOLICITORS
Salam



Berikut adalah surat perintah mahkamah buat Uncle Seekers.
Tiada apa yang ingin kami ulaskan. Cuma teringin nak tahu apa motif Uncle Seekers menyebarkan kisah skandal yang kononnya Siti Aishah tu syok habis dengan dia. Uncle Seekers, sila jawab.


1 comment:

  1. perasan Macho.. Dah Diguna-2 .. mau tak angau .. Jahat Punya Manusia.. mulut Bangkai

    ReplyDelete