Saturday, December 4, 2010

Rozita Che Wan bersederhana

Luahan peminat: Ada peminat yang mahu lihat bagaimana agaknya gaya Rozita Che Wan kalau bersederhana. Artis lain kalau hadir sesi fotografi ataupun pulang daripada acara glamor akan menukar pakaian dan pulang dengan santai. Tapi Rozita akan tetap tampil glamor walaupun semasa pulang ke rumah miliknya.
Bukan apa... sebab baru-baru ini dia ada terserempak dengan Rozita yang mahu pulang daripada sebuah majlis yang turut dia hadiri. Rakan itu hadir ke majlis tersebut dengan seorang teman artis. Bila lihat Rozita mahu pulang dengan gaya yang sarat hiasan dan baju bergemerlapan, dia ada tanya Rozita sama ada pelakon itu ada acara lain selepas ini.
Agaknya Rozita tak selesa menukar pakaian di dalam bilik persalinan atau di belakang pentas, sebaliknya lebih selesa melakukannya di rumah. Ataupun dia jenis yang cerewet semasa membersih solekan, sebab itu mahu melakukan segala-galanya di rumah. Setiap orang ada cara yang tersendiri.

Kerana jarang kelihatan bersederhana, ada yang bertanya, bagaimana agaknya penampilan Rozita semasa keluar rumah membuang sampah. Adakah dia bersolek dahulu takut-takut ada orang lalu depan rumah. Malah semasa menghadiri majlis sukan sekolah anaknya pun ada yang cakap Rozita tetap muncul dengan solekan lengkap. Tak tahulah kita.

Tapi elok jugalah kalau dia bersolek sebab di sekolah itu pasti ada peminat yang mahu bergambar dengannya. Kalau tak bersolek karang ada pula yang kata Rozita tak pandai jaga penampilan. Lain cerita pula yang jadi.

No comments:

Post a Comment